hak cipta terpelihara.

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Thursday, March 15, 2012

true story : dalam kesamaran cahaya

aku berdiri di satu sudut di belakang. kaki terpasung di situ. tak upaya maju ke hadapan. terpana di sebalik kayu penghadang. hanya mampu memandang sekeliling dengan seribu tanda soal. rasa aneh mula menerpa. aku tertanya-tanya di manakah tempat ini? bagai sebuah tempat asing bagiku.


kebingungan. ku lihat sekeliling.suram seperti di dalam sebuah rumah di pagi hari yg tidak dipasang lampu. suasana yg sejuk dan redup di luar kelihatan seperti di pagi hari sebelum subuh. ya, seperti di awal pagi semacam waktu sahur. angin pagi sesekali menyinggah lembut di pipi ku. sejuk terasa hingga ke tulang hitam.

dalam kesamaran cahaya, dapat ku lihat dinding kayu yang bercat minyak. rumah lama mungkin. bisikku. mata melilau mencari petunjuk arah. tak kenal putus asa, aku maju ke hadapan dari tempat aku berdiri.. dalam ketandusan cahaya ku lihat 3 susuk tubuh sedang berdiri memanjang di satu sudut di hadapanku. seperti orang ingin mendirikan solat lagaknya. aku cuba mengenalpasti gerangan siapakah mereka ini. tetapi keadaan cahaya yg malap menghalang pengamatanku.



sedari tadi aku tak lepas pandang dari sesusuk tubuh di hadapanku itu.di tengah, kedua dari kanan. dia seperti insan yg ku kenal. aku mengintai-intai dari jauh. sukarnya dilihat. aduh.. mengeluh*

sedang aku memerhati ke arahnya, tiba- tiba salah seorang dari mereka memalingkan wajahnya ke arahku. aku tergamam. dia tersenyum lembut. satu senyuman yg sgt ku kenali. ya senyum itulah yg selalu menyejukkan hati. senyum itulah yg selalu buat aku terpaut. aku pasti itu memang dia. tetapi aku tertanya-tanya siapakah gerangan dua orang lelaki yg lain.mereka juga sedang bersiap mendirikan solat. 



di satu sudut di sebelah kanan sedang berdiri seorang lelaki. dia tak mempedulikan aku. tak perasan kehadiranku mungkin. ahh biarlah... manakala di belakang insan yg ku kenali itu ada lagi seorang lelaki. rasa pelik mula berkunjung tatkala aku melihat lelaki itu mengikut setiap gerak geri insan di hadapannya. pabila yg di depan ke kiri, dia ke kiri. bila ke kanan, dia pun ke kanan. macam bayang2 pula. hairan.

aku yg sedari tadi berselindung di sebalik celahan kayu penghadang hanya mampu memerhati gelagat mereka.. kaki bagai dipasung apabila melihat si dia. pelik juga lagi. beribu persoalan mencurah2 di kotak fikiranku. bingung. 

bagai ditembak peluru bertalu-talu, soalan datang bertandang.. haihh... siapakah si bayang-bayang itu? tempat apakah ini? kenapa si dia ade di sini??? dan soalan paling pening, apa aku buat di sini??? arghhh..  ku tak punya jawapan yg konkrit. gila la kau ni. 

badan terasa melayang ke ruang demensi lain.tak pasti ke mana tujunya. ruang yg lohong. gelap.  

************ 


bacaan ayat suci dari masjid berhampiran sayup-sayup kedengaran. memecahkan kesunyian di pagi hari. 
perlahan ku buka mata.  ku capai fon di tepi. jam pukul 4.58 am rupa-rupanya. termangu sejenak. terlintas di fikiran soalan yg pelik. mimpi apakah ini? apa tandanya mimpi sebegini di pagi hari?? arghhh.... 
hati bergolak. ingin merungkai persoalan di benak. ku sedar, itu hanya mimpi. tapi hati kecil ini tak bisa duduk diam,ingin jua berbisik. ahh pusing memikirkannya. dalam hati hanya mampu berdoa agar semuanya baik-baik saja. amin.. 

p.s: bangun pagi terus call incik kekasih. hati rasa lega. 

4 comments:

Naz Zan said...

semoga mimpi tu ada maksud yang baik kan?
insyaallah ^_-

manjae camiela said...

aminn =)

NiaLidia. said...

hehee takpe takpe. relaks. mimpi , kalau kita ingat , selalunya takde pape. tp mimpi yg kita lupa, dan bila benda tu berlaku, kita akan rasa kita pernah lalui mcm dejavu.

hmm kalau lari bila ada bf? huhu ,mungkin dia rasa terpinggir x?

Za Noh said...

:')