hak cipta terpelihara.

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Saturday, July 28, 2012

sayang, saya rindu awak. sangat.

sayang,
rasa macam baru semalam,
kau bilang "sayang, saya sayang awak sangat-sangat"
mungkin di saat itu,
aku hanya bisa senyum,
hanya bisa pandang kau penuh bahagia.
tapi kini tidak lagi.

sayang,
rasa macam baru semalam,
kita berkenalan,
tak pernah dirancang,
tak pernah diduga,
kau buat aku jatuh cinta.
kau hebat.

sayang,
rasa macam baru semalam,
aku demam, degil telan ubat,
kau sabar pujuk,
aku akur,
kau hadiahkan aku "chocolate"
sebagai tanda penghargaan,
manisnya kamu.
aku terharu.

sayang,
rasa macam baru semalam,
kau bilang "sayang, saya nak kahwin dengan awak tau"
kau juga janji "sayang, saya akan sayang awak seorang je sampai bila-bila"
tapi kini,
aku di sini mengira janji yang kau beri
sungguh lemahnya diri ini
kau bawa lari hati aku
ku tak punya daya
hanya mampu berdoa,
agar kau tenang di sana.

sayang,
aku janji,
demi kau aku cuba untuk senyum,
kerna kau selalu bilang,
"sayang, impian hidup saya nak bagi awak happy, saya suka tengok awak senyum"
demi kau,
aku cuba walaupun payah.
semua demi kau. semua.

*Al-fatihah 17/10/1989 - 24/07/2012

4 comments:

Anonymous said...

be strong.. :)

Za Noh said...

be strong :)

fifaa razak said...

Sabar tauu , mnje kuat ! :)

BlogHafizRahman said...

be strong and look forward to ur life...=) saya pernah rasa keadaan serupa. ...insyaAllah kalau awak sentiasa redha..awak akan tenang nanti..