hak cipta terpelihara.

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Sunday, August 5, 2012

kita tak jauh. tak pernah jauh

sunyi menyapa lagi
manik jernih mengalir sedari tadi
jatuh lagi
basah pipi
ku seka sendiri
hanyut melayan emosi
rasa ini tak tertahan lagi
makin hari
menyeksa diri
menanggung sepi

tak mampu lagi
tak mampu sembunyi
saat rindu tertulis di jiwa
masih lagi
setia mengukir kasih yang pergi

aku percaya
pergi mu tak lama
setapak maju ke depan cuma
tanah merah pemisah kita
itu sementara
satu masa
tiba masa
aku dan kamu akan bersama
tunggu aku di hujung sana
mungkin di sana wujud bahagia
untuk kita.


4 comments:

kEm aLi said...

jaga taman tu lekloq ya. hak awak. selamanya :)

manjae camiela said...

baiklah. taman yg suram. kian suram.

kEm aLi said...

hanya mampu mendoakan. syg awak. itu saja :)

manjae camiela said...

terima kasih. syg awak jugak =)