hak cipta terpelihara.

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Saturday, October 20, 2012

zarah amal

hembusan lembut itu
merucup
di cupingku
meresap
dalam-dalam
ke jiwa hamba.

rasa damai terbit
benih insaf disalurkan
mematahkan putik gusar
mengurai gelisah bersarang
yang kurasa
hanya bebas.

lantas ku dongak mengukir senyum
walau ada musim rumit
tiada ku hirau
sedaya upaya
ku sepuh zarah amal
yang kian
terjulang terapung
dalam ketandusan ruang.


No comments: