hak cipta terpelihara.

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Friday, December 21, 2012

cahaya di hujung gelap


Selagi hidup berjiwa hamba, kita manusia tak pernah sunyi dari diuji keimanan dan ketakwaannya.
Namun ada ketikanya pegangan iman kita kepada Allah s.w.t terlalu nipis dan mudah goyah disaat dilanda pelbagai ujian dan musibah.

Pada saat inilah manusia mudah sekali dihasut dan dirayu oleh musuh-musuh yang menyekatkan, iaitu NAFSU dan SYAITAN. Kedua-dua musuh ini selalu bersiap sedia mengacukan senjatanya demi membawa kita terjun ke neraka untuk bersama menikmati azab yang maha dahsyat.

Sebagai umat Islam adalah wajib bagi kita untuk meyakini bahawa pertolongan Allah s.w.t pastinya datang.
Jangan meragui kuasaNya walaupun sebesar zarah.
Janganlah sampai berputus ada dengan rahmatNya walaupun ujian dan musibah yang menimpa amat dahsyat sekali. Namun yakinlah, di akhir ujian dan musibah itu nanti pasti Allah akan tunaikan janji-janjiNya.




Ingatlah, Allah tidak akan pernah menipu hambaNya yang bertakwa. Sebagaimana firman Allah:
"Allah pelindung orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang kafir, pelindung-pelindungnya adalah syaitan, yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka ; mereka kekal di dalamnya."(Al-Baqarah: 257)
Barangsiapa yang selalu meyakini bahawa Allah adalah pelindungnya, nescaya Allah akan selalu menjaganya dari keraguan menuju cahaya iman. Insya-Allah jiwanya akan merasa tenteram.

"Jika Allah menimpakan kemelaratan kepada engkau maka tiadalah yang akan menghilangkannya melainkan Dia sendiri; dan jika Dia menimpakan kebajikan kepada engkau maka Dia Mahakuasa atas tiap-tiap sesuatu."(Al-An'am:17)

Istiqamahlah dalam berdoa kepada Allah tanpa mengenal jemu. Ingatlah, bahawa Allah s.w.t selalu dengan kita dan selalu akan memakbulkan doa kita.
Hanya kesabaran, ketabahan, kegigihan yang mampu membawa  kita keluar dari kegelapan menuju cahaya.
"Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina."(Al-Mukmin:60)

Justeru itu, apabila berhadapan dengan musibah yang paling dahsyat, mohonlah kepada Allah agar Dia menghilangkan segala kegelisahan dan kesedihan kita. Sesungguhnya Allah Mahakuasa akan hal itu.

6 comments:

fifaa razak said...

sgt berguna. thanks (:

manjae camiela said...

most welcome. alhamdulillah =)

Kemcemmy Ali said...

:) peringatan

manjae camiela said...

kem : peringatan bersama. InsyaAllah =)

BlogHafizRahman said...

inspiring thought for tough time =)

yaya_flanella said...

it really inspire me. keep in touch <3 :)