hak cipta terpelihara.

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Wednesday, December 26, 2012

dunia biar letak di tangan, jangan di hati.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahala kamu. Barang siapa dijauhkan neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka sesungguhnya ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan." 
(Ali-Imran: 185)

Sesungguhnya mati itu amat dekat dengan kita. Tanpa kita sedari, entah kan pada saat ini malaikat maut sedang melihat wajah kita, memerhatikan apa yang kita sedang lakukan pada saat ini. Apakah kita sedar hal ini? tidak bukan? Sebab malaikat maut makhluk ghaib.

Malaikat maut ditugaskan oleh Allah s.w.t untuk turun menziarahi kita sebanyak 70 kali sehari. Dan setiap hari itu juga malaikat maut ini akan naik tanpa mencabut nyawa kita kerana belum tiba waktunya untuk kita mati pada hari itu.

Akan tetapi apakah kita sedar bahawa mungkin tika dan saat ini, nama kita sudah pun tertulis di atas sana untuk dijemput menemui Allah s.w.t? Sedangkan kita masih lagi lalai dengan kehidupan dunia yang memperdayakan ini. Astaghfirullahalazim...

Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 
“Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.”

Justeru itu, mari kita renungkan.

Apakah sudah cukup bekalan kita untuk dibawa ke negeri akhirat?
Apakah sudah bersedia untuk menjawab semua persoalan di alam barzakh nanti?
Apakah kita sudah bersedia, andai kata esok hari kita tak mampu lagi bangun dari lena yang panjang? Bersediakah kita bertemu pencipta dengan membawa dosa menggunung?
Apakah kita pasti syurga itu destinasi pasti? atau neraka yang menanti?

Fikirkan. Ajal tidak mengenal sesiapa sama ada mereka itu tua, muda, sihat, kaya atau miskin. Nyawa ini hanya pinjaman. Bila tiba saatnya, pasti ajal datang menjemput.

Dan Allah s.w.t berfirman : 
"Apabila sampai ajal maut seseorang itu ia tidak dapat ditunda atau dipercepat, walau sesaat pun."
(Surah al-A'raf ayat 34)

Mudah-mudahan dengan mengingati kematian, akan timbul benih taqwa yang dalam setiap naluri insani agar terus beribadah kepada-Nya dan berusaha bersungguh-sungguh berusaha memperbanyakkan saham pahala buat bekalan di daerah sana.

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. :
"Banyakkanlah mengingati perkara (mati) yang menghancurkan segala kelazatan dan memecahkan jamaah"




p.s: al fatihah buat ibu tersayang 19/12/1955-19/09/2008 (bersamaan 19 ramadhan) dan juga buat Muhammad Nazirul Ahmad Suhaimi 17/10/1989-24/07/2012 (bersamaan 4 ramadhan). moga ditempatkan di kalangan para syuhada dan para solihin. amin. 


4 comments:

Kemcemmy Ali said...

hinanya hamba yang sentiasa leka akan bisikan tipuan dunia :'(

manjae camiela said...

masih belum terlambat bukak mata sebelum mati, kawan =)

Kemcemmy Ali said...

ya benar :)

yaya_flanella said...

Ya Allah takutnya kan.. semoga kita semua dijemput ilahi dalam mendapat keredhaan-Nya :'(