hak cipta terpelihara.

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Saturday, February 9, 2013

menjemput kekuatan


sahabat,
maafkan aku 
andai tak semesra dulu
maafkan aku
andai sikapku
seakan bisu
maafkan aku 
andai jarak itu
mengundang sejuta ragu
maafkan aku
maaf. 
ruang yang aku tinggalkan
bukan buruk niatku
namun yakinlah
ada hikmah tersembunyi
bersangka baik. 

sahabat,
bukan maksudku
mengikis sirah nostalgia itu
bukan itu mahuku
namun
masih
diri ini menjemput kekuatan
menampal lompang sini sana
bukan mudah

namun
hanya doa senjata rahsia
kerna ku tahu
hati kita Allah yang pegang
Dia maha segala
bisa buat apa sahaja
aku serah semua
aku percaya
Dia menjaga
itu sahaja penguatku
tatkala hati tertusuk luka
melihatkan sorokan mata itu. 

sungguh
diriku masih
menjemput kekuatan

seandainya kalian tahu
di setiap akhir sujudku
saat dahi mencecah sejadah
seringkali 
doa kupanjatkan
tak patah harap
tak kenal jemu
terus meminta 

agar
hati-hati ini
bertaut kembali 

ke jalan diredaiNya
bersama menyemai kasih dan cintaNya
menguatkan jiwa yang kaku
kalian dan aku.

sahabat
ayuh sambut tanganku
damaikan jiwamu
luruskan niatmu
debu dosa lalu
mari kita sapu
campak jauh-jauh
jangan biar terjerlus lagi. 

yakinlah
di syurga nanti kita bertemu
senyum terlukis di wajah. 


"Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)." 

(az-Zukhruf, ayat 67)



p.s: aku sayang kalian. 


5 comments:

Kemcemmy Ali said...
This comment has been removed by the author.
Azye Ameerza said...

Sahabat Syurga
"Menyemai cinta dalam derita"

Yna Farina said...

Selamat berjuang sayang..

Yna Farina said...

Selamat berjuang sayang..

Anonymous said...

good..teruskan