hak cipta terpelihara.

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Wednesday, August 7, 2013

kali pertama

kali pertama
rasa keberatan melepaskan dikau
kali pertama
rasa sebak mengiringi pergimu
kali pertama 
rasa begini
kali pertama
hadirmu kuhargai
kali pertama 
hadirmu kunanti
kali pertama
pergimu kutangisi

oh ramadhan
moga rasa ini
takkan pernah luntur di sanubari
meskipun
kau tiada lagi di sisi
menemani hari-hariku.

sungguh
pemergianmu bakal dirindui
oh ramadhan
moga kau sudi bertamu lagi,
aku di sini kan terus menanti.
biizdnillah. 

=')

29 Ramadhan 1434. 
“Jika kamu beribadah dan beramal kerana Ramadhan, ketahuilah bahawa Ramadhan akan pergi akan tetapi jika kamu beribadah kerana Allah, maka ketahuilah bahawa Allah itu hidup dan tidak akan mati”

 p.s : taqabbalallahu minna wa minkum. moga aku dan kalian terus istiqamah dalam kebaikan.



No comments: