hak cipta terpelihara.

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Monday, August 5, 2013

tak pernah. tak pernah

terkadang terasa lemah diri ini
tersandung juga terpijak duri
sakit. memang sakit
tetapi
terpaksa kutempuh jua
tak punya siapa
tak pernah ada
tempat berkongsi duka
tempat berteduh sama
tak pernah ada.
tak pernah.

keberadaanku umpama hama
ada tak mendatangkan kesan
ketiadaanku juga tak menjejas makna.

Tuhan,
aku penat
senyum dalam duka
aku penat berpura suka.
aku penat.

Tuhan,
hanya padamu ku sandar harap
hanya padamu ku pohon kekuatan
agar diri ini tetap teguh berdiri
tetap gagah melangkah
dengan izinMu, Ya Rabb.



Tuhan,
kebergantunganku hanya padaMu.


2 comments:

Kem Ali said...

awak tak pernah si hama di mata dan hati saya :)

ADILAH BINTI KAMAL AZIZI said...

bila kerana Allah, u're everything to me... :)